19 Januari 2011

IDOLAKU..


Sheikh Ahmed Hoosen Deedat, 1918 - 2005.



Ahmad Deedat dianugerahkan Allah dengan kepintaran yang tinggi dan luar biasa dalam ilmu comparative religion dan beliau seorang hafiz al-quran dan turut menghafaz lebih dari 8 versi bible. Beliau juga mampu bertutur dengan fasih lebih dari 10 jenis bahasa dunia.


Saya merasakan amat beruntung sekiranya Saudara/ri dapat menonton perdebatan agung ini kerana kandungan ilmunya boleh diperturunkan kepada cucu cicit sehingga hari kiamat. Juga ianya amat sesuai dikongsi bersama saudara mara dengan harapan tiada lagi yang menjadi MURTAD


Melalui debat ini juga kita jelas dapat melihat kekuatan al-Quran sebagai mukjizat yang terpelihara sehingga hari kiamat, dengan kekuatan bahasanya tanpa sebarang kesilapan grammar dan kekuatan isinya disebalik bahasanya, jelas sekali tidak seperti Bible yang diselewengkan.


Ulama Ahmad Deedat telah berjaya mengIslamkan bukan sahaja penganut Kristian malahan juga ramai paderi kristian seluruh dunia dengan kepintarannya membuktikan pemalsuan teks kitab bible.


Beliau telah berdebat dengan ramai ketua paderi besar dunia, di antaranya ketua paderi USA, Kanada, Australia dan Sweden dan sehingga ke hari ini telah ramai orang kristian yang meragui kesahihan isi kandungan Bible setelah mendengar hujahnya yang jelas, jitu dan realistik.


Sehingga ke hari ini penjelasan beliau tidak mampu disanggah dengan hujah yang tepat oleh golongan muktabar kristian.


Ahmad Deedat dianugerahkan Allah dengan kepintaran yang tinggi dan luar biasa dalam ilmu comparative religion dan beliau seorang hafiz al-quran dan turut menghafaz lebih dari 8 versi bible. Beliau juga mampu bertutur dengan fasih lebih dari 10 jenis bahasa dunia.

Ketika akhbar2 arus perdana memuatkan bahagian hadapan akhbar dengan berita kelahiran seorang artis baru yang dikaitkan dengan latar belakang agama, ramai yang tidak tahu bahawa dunia telah kehilangan seorang pejuang Islam yang telah memberi sumbangan yang besar kepada menyampaikan dakwah dan mematahkan dakyah sepanjang hidupnya.

Pada 8 Ogos lepas, Sheikh Ahmed Hoosen Deedat, 87, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir, beriringan dengan radio di rumahnya yang ketika itu sedang mengalunkan bacaan surah Yaasin.

ikhlas dari http://iliyas.com




ni buku yang telah dikeluarkn dalam bahasa melayu... tpi sy sendiri xabis bacanya lg..hehehe.... ayat dia susah sket nk paham so harap baca dangan penuh ketelitian... tpi ulasan dia mmg padat.. so jom kawan2 kita baca :D




12 Januari 2011

lalalalaa... xleh tido...

adeh.. lpas magrib ak tetdo plak... mcm biasalah lau xder test mnelh ak nk stdykn..hahaha....
pastu bgn2 basir offer guna hp dia lak nk ckp ngn sape2 sbb free bufday dia...hehehe(ni yang besh ni)...
mula2 xnk guna tpi tetba masa ak tido kawan ak tepon.. pastu aper lg.. take advntage g ambik hp basir.... sajer ckp2 ngn dia n tyer dia sajer bercerita ada sorang mamat ni minat kat dia.. tpi dia tkut nk couple sbb tkut ALLAH marah kat dia, kalau leh dia hanya nk ada ikatan tunang jer... ak terpikir... wah betapa bgsnya lau ak pun mcm dia... dia mmg seorg yg ak respect... rasa bangga ak ada kawan mcm ni... sementara dah sedar sket xnk couple jgk la leh x???? hehehe..... harap2 ak pn kuat mcm dia... ;)

amin~ ;)

Agngnya SAidatina FAtimah

Dia membesar dalam suasana kesusahan. Bondanya pergi ketika usianya terlalu muda dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Sejak itu, dialah yang mengambil alih tugas menguruskan rumahtangga seperti memasak, mencuci, mengemas rumah dan menguruskan keperluan ayahandanya.

Di sebalik kesibukan itu, dia juga adalah seorang yang paling kuat beribadah. Keletihan yang ditanggung akibat seharian bekerja menggantikan tugas ibunya yang telah pergi itu, tidak pula menghalang Sayidatina Fatimah daripada bermunajata dan beribadah kepada Allah SWT. Malam- malam yang dilalui, diisi dengan tahajud, zikir dan siangnya pula dengan sembahyang, puasa, membaca Al Quran dan lain-lain. Setiap hari, suara halusnya mengalunkan irama Al Quran.

Di waktu umurnya mencapai 18 tahun, dia dikahwinkan dengan pemuda yang sangat miskin hidupnya. Bahkan oleh kemiskinan itu, untuk membayar mas kahwin pun suaminya tidak mampu lalu dibantu oleh Rasulullah SAW. Setelah berkahwin kehidupannya berjalan dalam suasana yang amat sederhana, gigih dan penuh ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Digelar Singa Allah, suaminya Sayidina Ali merupakan orang kepercayaan Rasulullah SAW yang diamanahkan untuk berada di barisan hadapan dalam bala tentera Islam. Lalu, seringlah Sayidatina Fatimah ditinggalkan oleh suaminya yang pergi berperang untuk berbulan-bulan lamanya. Namun dia tetap redha dengan suaminya. Isteri mana yang tidak mengharapkan belaian mesra daripada seorang suami. Namun bagi Sayidatina Fatimah r.ha, saat-saat berjauhan dengan suami adalah satu kesempatan berdampingan dengan Allah SWT untuk mencari kasih-Nya, melalui ibadah-ibadah yang dibangunkan.

Sepanjang pemergian Sayidina Ali itu, hanya anak-anak yang masih kecil menjadi temannya. Nafkah untuk dirinya dan anak-anaknya Hassan, Hussin, Muhsin, Zainab dan Umi Kalsum diusahakan sendiri. Untuk mendapatkan air, berjalanlah dia sejauh hampir dua batu dan mencedoknya dari perigi yang 40 hasta dalamnya, di tengah bahang mentari padang pasir yang terik. Kadangkala dia berlapar sepanjang hari. Sering pula dia berpuasa dan tubuhnya sangat kurus hingga menampakkan tulang di dadanya.

Pernah suatu hari, sedang dia tekun bekerja di sisi batu pengisar gandum, Rasulullah datang berkunjung ke rumahnya. Sayidatina Fatimah yang amat keletihan ketika itu lalu meceritakan keperitan hidupnya itu kepada Rasulullah SAW. Betapa dirinya teruk bekerja, mengisar tepung, mengangkat air, memasak serta melayan anak-anak. Dia berharap agar Rasulullah dapat menyampaikan kepada Sayidina Ali, kalau mungkin boleh disediakan untuknya seorang pembantu rumah. Rasulullah saw merasa belas terhadap penanggungan anakandanya itu. Namun baginda amat tahu, sesungguhnya Allah memang menghendaki kesusahan bagi hamba-Nya sewaktu di dunia untuk membeli kesenangan di akhirat. Mereka yang rela bersusah payah dengan ujian di dunia demi mengharapkan keredhaan-Nya, mereka inilah yang mendapat tempat di sisi-Nya.

Lalu dipujuknya Fatimah r.ha sambil memberikan harapan dengan janji-janji Allah. Baginda mengajarkan zikir, tahmid dan takbir yang apabila diamalkan, segala penanggungan dan bebanan hidup akan terasa ringan. Ketaatannya kepada Sayidina Ali menyebabkan Allah SWT mengangkat darjatnya. Sayidatina Fatimah tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan keluarga mereka. Tidak juga dia meminta-minta hingga menyusah-nyusahkan suaminya.

Dalam pada itu, kemiskinan tidak menghilang Sayidatina Fatimah untuk selalu bersedekah. Dia tidak sanggup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan. Dia tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita. Bahkan dia tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri sering kelaparan. Memang cocok sekali pasangan Sayidina Ali ini kerana Sayidina Ali sendiri lantaran kemurahan hatinya sehingga digelar sebagai 'Bapa kepada janda dan anak yatim' di Madinah.

Namun, pernah suatu hari, Sayidina Fatimah telah menyebabkan Sayidina Ali tersentuh hati dengan kata-katanya. Menyedari kesilapannya, Sayidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali. Apabila dilihatnya air muka suaminya tidak juga berubah, lalu dengan berlari-lari anak dia mengelilingi Sayidina Ali. Tujuh puluh kali dia 'tawaf' sambil merayu-rayu memohon dimaafkan. Melihatkan aksi Sayidatina Fatimah itu, tersenyumlah Sayidina Ali lantas memaafkan isterinya itu.

"Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedang Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu," Rasulullah SAW memberi amaran kepada puterinya itu apabila perkara itu sampai ke pengetahuan baginda. Begitu sekali kedudukan seorang suami yang ditetapkan Allah SWT sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati dan sangat berhalus di saat berdepan dengan suami. Apa yang dilakukan Sayidina Fatimah itu bukanlah disengajakan. Apatah lagi, bukan juga dia merungut-rungut, marah-marah, meninggi suara, bermasam muka, merajuk atau lain-lain keranah yang menyusahkan Sayidina Ali k.w. Pun Rasulullah SAW berkata begitu terhadapnya.

Semasa perang Uhud, Sayidatina Fatimah telah turut sama merawat luka Rasulullah. Dia juga turut bersama Rasulullah semasa peristiwa penawanan Kota Makkah dan ketika ayahandanya mengerjakan 'Haji Wida' pada akhir tahun 11 Hijrah. Dalam perjalanan haji terakhir ini Rasulullah SAW telah jatuh sakit. Sayidatina Fatimah tetap di sisi ayahandanya. Ketika itu Rasulullah membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah r.ha yang membuatkannya menangis, kemudian Nabi SAW membisikkan sesuatu lagi yang membuatkannya tersenyum.

Dia menangis kerana ayahandanya telah membisikkan kepadanya berita kematian baginda. Namun, sewaktu ayahandanya menyatakan bahawa dialah orang pertama yang akan berkumpul dengan baginda di alam baqa', gembiralah hatinya. Sayidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan setelah kewafatan Nabi SAW, dalam usia 28 tahun dan dimakamkan di Perkuburan Baqi', Madinah.

Begitu sekali wanita yang utama, agung dan namanya harum tercatat dalam al-Quran, disusah-susahkan hidupnya oleh Allah SWT. Sengaja dibuat begitu oleh Allah kerana Dia tahu bahawa dengan kesusahan itu, hamba-Nya akan lebih hampir kepada-Nya. Begitulah juga dengan kehidupan wanita-wanita agung yang lain. Mereka tidak sempat berlaku sombong serta membangga diri atau bersenang-senang. Sebaliknya, dengan kesusahan-kesusahan itulah mereka dididik oleh Allah untuk sentiasa merasa sabar, redha, takut dengan dosa, tawadhuk (merendah diri), tawakkal dan lain-lain. Ujian-ujian itulah yang sangat mendidik mereka agar bertaqwa kepada Allah SWT. Justeru, wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, merasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadap-Nya, dan amat bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya, biarpun diri mereka menderita.

11 Januari 2011

Kerana Mata Yang Menangis Takutkan Allah

Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.”

Dalam sebuah kitab Daqa’iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuknya dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya ( bulu mata ) berkata, “Wahai Tuhanku, Rasul Mu, Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu.”


Akhirnya, Allah S.W.T telah mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T.. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, “Telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut.”

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan. Ketika itu semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan hati untuk menghadapinya.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud,

“Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan.” (Surah al Jatsiyah ayat 28)

Sebaik saja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya. Dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, “Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah),” kecuali hanya seorang Nabi saja yang akan berkata, “Umatku, umatku.”

Baginda ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung. Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata,

“Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang
yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali.”

[ Allah.. Betapa Rasulullah sangat mencintai umatnya. Apakah rasa cinta kita kepada Nabi Muhammad lebih tebal dari helaian rambut~? ]

Walaupun diseru dengan sedemikian perkataan demi perkataan, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, “Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W”

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S.“Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya.” Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. “Wahai Jibril, apakah air itu?” Maka Jibril berkata,“Itulah air mata orang derhaka dikalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu.”

Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, “Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemuinya air mata.”

Wallahu’alam

Moga kita termasuk dalam kalangan orang yang matanya sentiasa menangis takutkan ALLAH.

Semoga ALLAh merahmati.

09 Januari 2011

hahaha.. AJL kli mmg diluar duGAAn



huk... agak frsust mlm nih... nk tido pun xleh....
ni la smgt sgt g sokong API n bunkface.... tub2 ana rafali menang...
ti xeper at least mUh menang.. hidup indie~ laalala
jadi xder pe yg nk wat nk berkurung diri dalam my studio.... huhuhu


muslimgang studio... agak bersepah2.... bahahaha
tpi tkper... xder org baca blog nih....hehehe

aku tinggalkan Cinta mu kerana Tuhan ku...

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai cewek.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!
Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu
Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai cewek2
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu
Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita
Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar
“i’ve leave him for the sake of Allah”
Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti
Dan sesungguhnya hari kemudian
itu lebih baik bagimu
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]
Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya
Sesungguhnya
aku bertawakkal
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]
usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap
Yakinlah pada janji Allah!
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]
Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini
maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
“Tuhan kami ialah Allah”
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
“Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]
Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti
Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]
Sayang,
kamu intan terpilih
jagalah kilauanmu sayang
jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba
aku mendoakanmu
sentiasa

08 Januari 2011

Khutbah Terakhir Nabi MUHAMMAD S.A.W

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Khutbah ini disampaikan pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah di lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan belemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersunggah-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya. nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu...

The Legendary Swords

Dikisahkan betapa hebatnya pedang Salahuddin al-Ayubbi yang mampu membelah sapu tangan sutera yang melayang jatuh ke atasnya, mampu memotong pedang lawan dan mampu membelah batu tanpa ia menjadi tumpul.

Sejauh mana kita semua mengenali sudut hidup pahlawan Islam yang terunggul di lewat ‘Peperangan Salib’ (Crusade War), Salahuddin Al-Ayubbi? Beliau sangat terkenal sebagai panglima Islam yang kukuh dan berjaya menghantar rasa gerun dan hormat kepada tentera-tentera musuh. Lebih manis lagi, peribadi beliau inilah yang telah memimpin pembebasan Baitul Maqdis, tanah suci ketiga bagi umat Islam dari cengkaman Tentera Salib hampir 100 tahun lamannya.

Prof Dr. Peter Paufler dan kumpulan teknikal dari Universiti Dresden, Jerman menemui ‘tiub karbon nano’ (carbon nanotube) di dalam pedang yang digunakan oleh Salahuddin Al-Ayubbi dan tentera-tentera Islam dalam peperangan Salib. Carbon Nanotube inilah yang telah menjadikan pedang-pedang pejuang Islam sangat istimewa. Sangat taham namun mudah lentur. Penemuan ini telah diterbitkan oleh Jurnal Nature (antara jurnal saintifik paling berpengaruh di dunia) pada tahun 2006.

Tahun 1192, King Richard the Lion Heart, Raja Inggeris memimpin bala tentera Kristian dalam Peperangan Salib III (The Third Cursade War) bertemu dengan musuhnya, tidak lain tidak bukan, pemimpin Muslim, Sultan Salahuddin Al-Ayubbi. Kedua pemimpin saling menghormati. Kedua pemimpin yang kemudiannya menjadi lagenda itu, demikian oleh Sir Walter Scott yang mendramatisasi dalam novel The Talisman, mempamerkan kehebatan senjata masing-masing.

Raja Richard lalu mengeluarkan pedang lebarnya yang berkilat buatan tukang besi (Blacksmith) yang terhandal di kepulauan England, maka Salahuddin Al-Ayubbi pun menghunuskan pedang kesayangannya, pedang lengkung buatan tukang besi handalan Damascus yang tidak berkilat. Kemudian Richard menghempas pedangnya pada sebuah kotak besi hingga terputuslah kotak itu. Sultan Salahuddin Al-Ayubbi kemudiannya melepaskan sehelai kain sutera yang halus lalu membalingnya ke udara maka jatuhlah kain itu bergemelai di permukaan Pedang Lengkung Damaskus lalu kain sutera itu terputus kerana tajamnnya pedang beliau.

(Kisah Logam, Buku saku terbitan Pustaka Ladybird)

kesempurnaan agama....

Ulama’ kita telah gariskan , Kejayaan Umat ini , dan Umat akan datang Adalah apabila mereka mengikut jejak para sahabat R.A Kerana mereka di cintai Rasulullah SAW

“Apabila kamu ingin meniru, maka tirulah mereka yang telah mati ( sahabat2 R.A ) - Hadis

Sahabat R.A dapat title R.A , yakni kehidupan mereka di dunia , Allah telah redha dengan kehidupan mereka di dunia.

Kita umat yang sama, macam mana nak jalani kehidupan di dunia ini Dengan dapat redha Allah, maka kita kene ikut jejak para Sahabat R.A

“SahabatKu Umpama bintang di langit, ikutilah mereka, nescaya kamu tidak akan sesat” – hadis

Jadi , Ulama’ telah gariskan beberapa perkara supaya kita dapat mengikuti jejak langkah mereka yang mulia.

Umumnya, Sahabat R.A ada 6 sifat yang mulia, iaitu :

  1. Mereka ada hakikat Yakin atas kalimah LA ILA HA ILLA ALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH
  2. Mereka ada hakikat solat yang khusyuk dan khuduk
  3. Mereka ada hakikat ilmu dan zikir
  4. Mereka ada Ikramul muslimin
  5. Mereka ada hakikat Niat Yang Ikhlas
  6. Mereka ada Hakikat Dakwah dan Tabligh ( Lapang Diri, masa dan harta , Keluar di Jalan Allah )

Jadi , ke enam2 sifat inilah yang kita kene usahakan dalam diri kita. Ulama’ kata, bila mana 6 perkara ini ada dalam diri kita , maka kita mudah menuju kepada kesempurnaan agama Insya Allah.

Sekarang Kita muzakarahkan , macam mana ke enam2 perkara ini dapat hadir dalam diri kita.

1. USAHA ATAS KALIMAH LA ILA HA ILLA ALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH

KALIMAH LA ILA HA ILLA ALLAH :

MAKSUD :

Maksud dari pada kalimah ini , adalah “meyakini hanya sanya Allah SWT sahaja yang berkuasa,Makhluk langsung xde kuasa”

CARA NAK DAPAT :

Jadi untuk dapat hakikat yakin pada Allah yang sempurna dalam hati, maka hari2 kene banyak cakap kebesaran Allah. Nafikan kebesaran makhluk, isbatkan kebesaran Allah dalam hati.Jumpa manusia, cakap kebesaran Allah. Supaya kebesaran Allah akan masuk dalam hati , Insya Allah.

KELEBIHAN :

Bilamana akhir kalam dapat ucap kalimah toyyibah ini, maka wajib syurga baginya Insya Allah. Iman sebesar zarah, Allah Ta’ala bagi syurga 10 kali luas dunia , Insya Allah.

KALIMAH MUHAMMADUR RASULULLAH

MAKSUD :

Meyakini hanya dengan cara Nabi SAW sahaja, bawa kejayaan pada kita, dunia dan akhirat.

Sunnah Nabi SAW terbahagi kepada 3 iaitu :

1. Sunnah Surah (Penampilan Nabi SAW)2. Sunnah Sirah (perjalanan Nabi SAW)3. Sunnah Sarirah ( fikir Nabi SAW)

CARA NAK DAPAT :

1. Penampilan Nabi SAW, umum mengerti macam mana penampilan Nabi SAW. Jadi kita punya penampilan pun kene macam Nabi SAW. (belajar2 Insya Allah)2. Perjalanan Nabi SAW, Sunnah2 Baginda SAW dari Baginda SAW bangun tidur sampai Baginda SAW tidur balik. Kita pun kene wat perkara yang sama Insya Allah3. Fikir Nabi SAW, adalah fikir risau umat nya, bagaimana setiap umat nya, boleh selamat dari azab api neraka , masuk syurga Allah SWT , Insya Allah. Kita juga kene belajar2 fikir risau umat Insya Allah.

KELEBIHAN :

"Barangsiapa Mengikuti Sunnah Ku, Maka Dia Mencintai Ku, Barangsiapa MencintaiKu, Maka Dia Akan Bersama Ku Dalam Syurga" - Hadis

2. USAHA ATAS SOLAT YANG KHUSYUK DAN KHUDUK

MAKSUD :

Membawa ketaatan dalam solat, ke luar solat( dalam solat kita merendahkan pandangan, di luar solat kita merendahkan pandangan.Dalam solat kita zikir, di luar solat kita zikir, dll )

Ulama’ kata, mcm mana pembawakan kita dalam solat, mcm tu la kita di luar solat.Dalam solat kita tawajjuh, luar solat pun kita akan tawajjuh, Insya AllahBegitulah sebaliknya.

Solat Yang paling tinggi mutunya , dapat tarik nusrah Allah secara tunai( Mcm mana kisah Saidina Ali K.AW tiada makanan, maka kisar gandum telah berputar mengeluarkan gandum asbab solat saidina Ali K.A.W tersebut. ) Dan Solat sekurang2nya, dapat cegah kita dari fasakh dan mungkar.

CARA NAK DAPAT :

Solat mengikut sunnah Nabi SAW, iaitu berjemaah, di tempat azan di azankan, di awal waktu.

KELEBIHAN :

Dengan jaga Solat, Allah SWT akan beri 5 ganjaran :

1. Rezeki nya di permudahkan

2. Ditarik azab kubur

3. Mendapat buku catitan amal , dengan tangan kanan

4. Melintas titian sirat sepantas kilat

5. Masuk Syurga Tanpa Hisab

3. USAHA ATAS HAKIKAT ILMU DAN ZIKIR

Maksud Ilmu adalah mengetahui mana satu perintah Allah yang perlu diutamakan dalam satu2 keadaan.

Cthnya ketika bekerja, tiba2 azan berkumandang, maka satu orang yang ada kefahaman ilmu, dia akan tinggalkan kerja, dan pergi kepada sembahyang. Inilah kefahaman ilmu yang sebenar. Hari ni banyak orang tahu agama. Tapi tak faham kehendak agama yang sebenar, hakikatnya.

Maksud ilmu juga, “Apa2 yang dapat membantu kamu mebajawab soalan kubur, itulah dikatakan ilmu.

CARA NAK DAPAT :

Ilmu terbahagi kepada dua , ilmu fadhail dan ilmu masailIlmu masail , kita leh belajar dengan guru2 yang mursyid.Ilmu masail maksud nya adalah ilmu mengenai hukum hakam sesuatu perkara

Ilmu fadail adalah ilmu tentang kelebihan sesuatu amalIlmu fadail boleh kita perolehi dengan duduk dalam majlis taklimAtau mendengar bacaan kitab fadhail amal ( di dalam majlis taklim )

*Kita duduk dalam majlis taklim fadhail amal, supaya kita sentiasa ada jazbah untuk mengamalkan sesuatu amal , Insya Allah.

KELEBIHAN :

Satu orang yg berilmu lebih di takuti oleh syaitan, dari 1000 orang abid.Tidur satu orang berilmu lebih ditakuti oleh syaitan dari seorang abid yang beribadah Sepanjang2 malam.

4. USAHA ATAS IKRAM MUSLIMIN

MAKSUD :

Menunaikan hak suadara(seislam) kita , tanpa menuntut hak.Memuliakan mereka, kerana iman yang ada dalam diri mereka.

Setiap orang islam adalah mulia di sisi Allah, kerana iman yang ada dalam diri mereka.

CARA NAK DAPAT :

1. Memuliakan Alim Ulama’

2. Menghormati Orang2 tua

3. Kasih Sayang kanak2

KELEBIHAN :

Menunaikan hak saudara seislam kita , Allah SWT akan bagi kita 73 hasanah 1 hasanah , Allah SWT akan bagi di dunia ( yang mana cukup utk keperluan kita di dunia ) 72 hasanah lagi, Allah SWT akan bagi di akhirat kelak.

Satu orang yang membatalkan niat iktikaf, kerana pergi menunaikan hajat saudara dia,Maka Allah SWT akan bagi dia 10 tahun pahala iktikaf yang di terima,Satu malam ikitikaf, Allah SWT jauhkan dia dari api neraka sejauh 3 parit.Satu parit, adalah sejauh jarak langit dan bumi.

5. USAHA ATAS NIAT YANG IKHLAS

Ikhlas bermaksud, melakukan perintah2 Allah SWT , semata2 kerana Allah SWT.

CARA NAK DAPAT :

Kita kene selalu check niat kita, sebelum-semasa-sesudah beramal Pastikan ikhlas semata2 kerana Allah SWT.

KELEBIHAN :

Niat yang ikhlas semata2 kerana Allah SWT, Allah SWT akan lipat gandakan ganjaran amal.Sebagaimana satu orang Sahabat R.A yang sedekahkan satu biji tamar, dan dia ikhlas kerana Allah SWT, maka Nabi SAW bgtau, dia punya pahala adalah sebesar gunung uhud.

6. USAHA ATAS DAKWAH DAN TABLIGH

MAKSUD :

Membetulkan salah faham kita, bahawa diri dan harta kita bukan milik kita, tetapi Allah SWT telah beli diri dan harta kita dengan syurga.

Jadi kita kene infakkan diri dan harta kita di jalan Allah SWT

CARA NAK DAPAT :

Bagi masa keluar di jalan Allah ( untuk usaha atas iman diri sendiri dan mengajak orang lain untuk usaha atas iman) Selama 4bulan, atau 40 hari, atau 3hari.

Ulama’ kita bagitau, apa bila kita keluar jalan Allah SWT selama 4 bulan Maka Allah SWT akan bagi roh agama.

Macam mana bayi dalam kandungan, 4 bulan je, dia dapat roh/nyawa.

Satu wanita di zaman Saidina Umar r.a telah merindui suami nya yang keluar di jalan Allah Yg sangat lama.

Maka saidina Umar r.a telah Tanya adik perempuan nya, berapa lama wanita boleh bertahan sepeninggalan suami nya ke jalan Allah, maka adik nya telah bagi isyarat jari 3 atau 4.

Maka saidina Umar r.a telah memendekkan tempoh sahabat r.a keluar di jalan Allah SWT kepada 4 bulan sahaja

Bila keluar 40 hari, maka kita akan dapat istiqamah dengan amal2 yang kita buat masa 40 hari tersebut.

Satu orang sahabat r,a yang telah berada di satu tempat ( kerana urusan keluar di jalan Allah) Selama beberapa hari ( hampir 40 hari )

Maka Nabi SAW bgtau, kenapa tak dicukupkan 40 hari.

Satu orang sahabat r.a pernah keluar di jalan Allah SWT selama 3 hari.

KELEBIHAN :

Sepagi atau sepetang berada di jalan Allah, adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.

Debu2 yang melekat pada orang yang keluar di jalan Allah, maka anggota tersebut, Allah haramkan api neraka hatta asap nya sekali.

"Kejayaan Manusia, Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah, Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW" Insya Allah.