08 Januari 2011

The Legendary Swords

Dikisahkan betapa hebatnya pedang Salahuddin al-Ayubbi yang mampu membelah sapu tangan sutera yang melayang jatuh ke atasnya, mampu memotong pedang lawan dan mampu membelah batu tanpa ia menjadi tumpul.

Sejauh mana kita semua mengenali sudut hidup pahlawan Islam yang terunggul di lewat ‘Peperangan Salib’ (Crusade War), Salahuddin Al-Ayubbi? Beliau sangat terkenal sebagai panglima Islam yang kukuh dan berjaya menghantar rasa gerun dan hormat kepada tentera-tentera musuh. Lebih manis lagi, peribadi beliau inilah yang telah memimpin pembebasan Baitul Maqdis, tanah suci ketiga bagi umat Islam dari cengkaman Tentera Salib hampir 100 tahun lamannya.

Prof Dr. Peter Paufler dan kumpulan teknikal dari Universiti Dresden, Jerman menemui ‘tiub karbon nano’ (carbon nanotube) di dalam pedang yang digunakan oleh Salahuddin Al-Ayubbi dan tentera-tentera Islam dalam peperangan Salib. Carbon Nanotube inilah yang telah menjadikan pedang-pedang pejuang Islam sangat istimewa. Sangat taham namun mudah lentur. Penemuan ini telah diterbitkan oleh Jurnal Nature (antara jurnal saintifik paling berpengaruh di dunia) pada tahun 2006.

Tahun 1192, King Richard the Lion Heart, Raja Inggeris memimpin bala tentera Kristian dalam Peperangan Salib III (The Third Cursade War) bertemu dengan musuhnya, tidak lain tidak bukan, pemimpin Muslim, Sultan Salahuddin Al-Ayubbi. Kedua pemimpin saling menghormati. Kedua pemimpin yang kemudiannya menjadi lagenda itu, demikian oleh Sir Walter Scott yang mendramatisasi dalam novel The Talisman, mempamerkan kehebatan senjata masing-masing.

Raja Richard lalu mengeluarkan pedang lebarnya yang berkilat buatan tukang besi (Blacksmith) yang terhandal di kepulauan England, maka Salahuddin Al-Ayubbi pun menghunuskan pedang kesayangannya, pedang lengkung buatan tukang besi handalan Damascus yang tidak berkilat. Kemudian Richard menghempas pedangnya pada sebuah kotak besi hingga terputuslah kotak itu. Sultan Salahuddin Al-Ayubbi kemudiannya melepaskan sehelai kain sutera yang halus lalu membalingnya ke udara maka jatuhlah kain itu bergemelai di permukaan Pedang Lengkung Damaskus lalu kain sutera itu terputus kerana tajamnnya pedang beliau.

(Kisah Logam, Buku saku terbitan Pustaka Ladybird)

0 comments:

Catat Ulasan